Jom Baca Tanda-Tanda Jika Anda Mewarisi Saka






Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk enty kali ini, kita akan mengupas tentang tanda-tanda jika anda mewarisi saka. Apakah yang dimaksudkan dengan saka? Saka ialah 'belaan' yang terdiri daripada jin atau makhluk halus yang diturunkan dari zaman berzaman. Jika moyang anda pernah terjebak dengan saka, maka adalah tidak mustahil jika anda mewarisinya juga tanpa disedari. Jom baca tanda-tanda dibawah:


Gejala waktu tidur:


  • Susah tidur malam.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
  • Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
  • Mimpi melihat budak kecil.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • merintih dan menangis ketika tidur.



Gejala waktu terjaga:

  • Selalu pening kepala.
  • Lalai mengingati Allah SWT
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan.
  • Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi utama.
  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
  • Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Emosional dan terlalu sensitif.
  • Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
  • Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.



loading...





loading...

0 Response to "Jom Baca Tanda-Tanda Jika Anda Mewarisi Saka"

Post a comment

loading...
loading...