Jom Baca Pantang Larang Orang Tua-Tua Dulu







Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada para pembaca yang disayangi. Untuk entry kali ini, kita akan mengupas tentang pantang larang orang-orang tua dulu. Apakah itu pantang larang? Pantang larang ini bertujuan untuk mendidik orang agar tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Jom baca di bawah!

1) Jangan ubah-ubah tempat makan, nanti kahwin banyak!

Pantang ini amat disukai oleh lelaki. Kenapa, kalau dorang suka ubah tempat makan, confirm dorang kahwin banyak. hehehe. Orang lelaki ni kalau bab kahwin, mesti cakap ikut sunnah Nabi, habis tu yang sunnah-sunnah yang lain ada korang buat? haha

Maksud tersirat: Kalau makan banyak tempat, nanti nanti nasi tumpah-tumpah. Kan menyusahkan diri nak kutip sisa-sisa makanan yang tertumpah tadi. Atau dalam erti kata lain, takut makan bersepah sebenarnya.

2) Jangan menyanyi dekat dapur, nanti dapat suami tua!

Hmm, betul ke? Ramai je artis yang nyanyi kat khalayak ramai, tapi dapat gak laki tua. ehehe. Ada juga yang suka menyanyi dalam jamban, tapi dapat gak laki tua. hahaha

Maksud tersirat: Di dapur tu untuk memasak, kalau kau asyik bergelek-gelek, bergoyang dumang, berjomblo happy masa kau masak, nanti ikan hangus pun kau tak perasan, nanti secubit garam kau letak terlebih. Dalam erti kata lain, untuk mengelakkan perkara buruk di dapur. hehe

3) Jangan main dekat luar, nanti ada MOMOK!

Yang ini jangan ambil mudah. Pada waktu maghrib banyak setan-setan, hantu-hantu dan segala jin bertebaran. Anda pernah dengar tentang jin yang bernama Ummu Sibyan? Jin ini amat menakutkan dan boleh merasuk kanak-kanak kerana ia amat sukakan kanak-kanak kecil. Jom baca lebih lanjut pasal Ummu Sibyan di sini

"aku tukarkan kegembiraan orang-orang yang sudah bertunang dengan kecelakaan, aku menyusup masuk ke dalam badan orang lelaki dan aku menghirup spermanya yang putih pekat dan tinggal di dalamnya mani yang cair lagi jernih, maka jadilah dia mandul dan tidak akan melahirkan zuriat"...
Maksud tersirat: Time maghrib tu masuk cepat-cepat dalam rumah, tutup pintu, tutup tingkap. Waktu solat maghrib kan kejap je, kalau kau leka main kat luar tu, baik kau solat cepat. Baru setan lari!

4) Jangan potong kuku waktu malam, nanti mak ayah meninggal, tak sempat jumpa!

Ok, ini amat menakutkan bila dengar pantang larang ni. Hmm.. Ramai orang suka simpan kuku panjang, dorang tak tahu ka yang simpan kuku panjang tu kotor? 

Maksud tersirat: Zaman dulu kan pakai lampu pelita ja, mana ada macam zaman sekarang. Dorang takut tangan terbakar la. Kalau potong kuku waktu malam, nanti takut-takut terpotong isi pula kalau gelap sebab tak nampak kan..

5) Jangan tunjuk pelangi dengan jari telunjuk nanti tangan kudung!

Maksud tersirat: Kalau kita mahu tunjuk sesuatu haruslah menggunakan ibu jari supaya kelihatan lebih sopan. Jari telunjuk boleh membawa maksud yang kita ini sedang marah atau kurang ajar.

6) Jangan duduk atas bantal, nanti berbisul!

Benda ini ramai orang yang buat. Kan bantal tu empuk, gebu dan sedap untuk diduduk, tapi sebenarnya orang-orang tua amat melarang kita buat macam tu! 

Maksud tersirat: Bantal itu kan kita letak kepala masa tidur, takkan tiba-tiba nak letak bontot pulak! Kan tak sopan tu namanya. Mana tau nanti terkentut terlekat bau wangi tu, dibawa tidur pulak. kah kah kah!

7) Jangan angkat kaki masa meniarap nanti mak ayah cepat mati!





Maksud tersirat: 'Pose' begini sangat tidak sopan, apatah lagi kalau perempuan yang buat. Nampak macam kurang ajar pun ada. 

8) Jangan ambil gambar bertiga, nanti ada salah seorang mati!

Hmm, yang ni siapa-siapa yang boleh komen? Admin pun kurang arif pasal ni. Kalau jangan keluar berdua kalau pakwe makwe admin tau la, nanti ada orang 'ketiga' iaitu??? hehe Setan la. hahahha






loading...





loading...

0 Response to "Jom Baca Pantang Larang Orang Tua-Tua Dulu"

Post a comment

loading...
loading...