Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Untuk entry kali ini, kita akan mengupas tentang santau. Apakah itu santau? Santau adalah satu dari cabang sihir di mana amalan ini menggunakan
bahan-bahan santau disamping ianya disertai dengan jampi serapah untuk
memanggil jin berdamping dengan bahan-bahan santau tersebut.
Dalam beberapa kes santau, ada yang boleh membawa kepada maut.
Sebelum menemui ajal (dengan izin Allah), mangsa akan menderita akibat
kesakitan fizikal tahap kronik seperti batuk berpanjangan, sakit kepala yang
kuat, kerosakan jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu,
dan juga gangguan emosi.
Keadaan kronik ini akan dihadapi oleh mangsa dalam tempoh yang
panjang yang boleh membawa sampai bertahun-tahun. Satu perkara yang perlu anda
tahu tentang santau ialah ianya boleh ‘dilepaskan’ secara terbuka di
tempat-tempat terbuka, contohnya seperti di kedai-kedai makan.
Kalau dilepaskan cara begini, sesiapa sahaja berisiko untuk
terkena santau tersebut.
JENIS-JENIS SANTAU:
1) Santau makan dan minum
Ramuan santau yang telah disiapkan akan
dimasukkan secara zahir, samada oleh manusia atau secara ghaib dengan
menggunakan bantuan jin (khadam)yang berkhidmat dengan tukang sihir, ke dalam
makanan atau minuman. Mereka yang mengambil makanan atau minuman tersebut akan
terkena racun santau yang telah dimasukkan tadi.
2) Santau angin
Untuk santau jenis ini, ramuannya akan ‘ditujukan’ kepada mangsa
hanya dari jarak jauh. Ianya dituju menggunakan khidmat jin santau ataupun
dengan menggunakan teknik pandangan mata (‘ain) dengan hanya memerhatikan
mangsa dari jarak jauh. Dan untuk santau jenis ini, biasanya ia tidak
memerlukan penggunaan makanan atau minuman. Ramuan santau tadi akan dimasukkan
secara ghaib terus ke dalam tubuh badan mangsa tanpa disedari. Santau tadi
akan dituju terus ke bahagian perut atau dada dengan bantuan jin angin.
3) Santau Tuju
Santau jenis ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam
bertaraf tinggi. Santau tuju ini sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan
serta merta. Ataupun sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa. Contohnya
seperti muntah darah dengan serta-merta. Santau tuju biasanya
dilakukan selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut
atau barang peribadi pesakit.
4) Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan
ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang
kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaitan di pintu pagar rumah, bawah
tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan
menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.
5) Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena
serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah
banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden) kadangkala diiringi dengan sakit
kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan
organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh
Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’
santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaitan berkenaan. Mangsa yang
terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan
sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.
Bahan-bahan Membuat Santau
- Bahan Bisa – boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
- Bahan Miang/Gatal – di antaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
- Bahan Pedih (melukakan) – yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
Simptom-simptom Terkena Santau
Dalam kebanyakan kes, serangan santau ke atas mangsa berlaku
secara perlahan-lahan dan secara berperingkat yang mungkin mula menyerang
sistem badan mangsa selepas 7 hari, 21 hari, 30 hari, 40 hari, 100 hari, atau
mungkin beberapa bulan; selepas hari mangsa terkena santau (mengikut jenis dan
tahap amalan sihir).
Simptom-simptom awal seseorang itu terkena santau ialah seperti berikut (tidak
semestinya semua):
1) Batuk yang berpanjangan (kering atau berlendir).
2) Sakit kepala berpanjangan (seperti migraine)
.
3) Demam dan/atau selsema.
4) Hilang selera makan atau tiada rasa lapar (kerosakan
deria di perut).
5) Pedih atau mungkin senak di dalam perut (seperti
gastrik).
6) Sukar untuk bernafas, sakit dada dan/atau selalu
berdebar tanpa sebab.
7) Cepat penat, lesu atau tidak bermaya.
8) Sakit di bahagian sendi-sendi badan seperti pinggang,
tengkuk, bahu, belikat, lutut dan sebagainya.
9) Tekak selalu rasa pahit dan/atau nafas berbau hanyir.
10) Sukar tidur malam.
11) Kerap kebas tangan dan/atau kaki.
Sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan segera, mangsa santau
berkemungkinan akan mengalami salah satu (atau lebih)simptom-simptom yang
lebih serius sebagaimana berikut:
1) Batuk berdarah.
2) Gangguan emosi, panas baran atau kemurungan – sehingga
boleh menjadi gila.
3) Badan menjadi kurus, kulit pucat dan semakin lemah.
4) Hilang daya tumpuan dan ingatan.
5) Penyakit kulit seperti gatal, ruam dan kudis.
6) Mata menjadi kuning serta jari tangan dan kaki kehitaman.
7) Sukar untuk berjalan atau mungkin jadi lumpuh dari
pinggang ke bawah.
8) Kerosakan organ dalaman seperti jantung, paru-paru,
perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, rahim dan sebagainya yang akan
menjadi semakin kronik (seperti radang, ketumbuhan atau kanser) dan akhirnya
membawa maut.
Merawat Pesakit Santau
1) Mangsa yang terkena santau hendaklah dirawat secara
berterusan (istiqomah) sehingga sembuh sepenuhnya (dengan izin Allah) kerana ramuan
santau yang telah masuk ke dalam badan akan kembali ‘membiak’ sekiranya tidak
dirawat selalu.
2) Rawatan hendaklah berdasarkan Perubatan Islam yang diyakini
menggunakan ayat-ayat suci Quran (Ruqyah Syar’iyah) serta bahan-bahan rawatan
tidak bertentangan dengan Syariat Islam dan Hukum Syarak DAN tidak memudaratkan
Pesakit (bertepatan dengan kondisi Pesakit).
3) Pesakit santau perlu berpantang makanan-makanan berikut serta
merta sehingga benar-benar sembuh atau sehingga bila-bila: semua jenis limau,
cendawan, rebung, serai, nenas, cuka, pulut, organ-organ dalaman haiwan seperti
perut, hati, paru-paru, limpa, kaki ayam, tengkuk ayam, durian, nangka,
cempedak, makanan yang masam, berjeruk, terlampau masin, ikan berduri dan
sebagainya. Juga, kurangkan makanan bercili dan minuman berais. Gagal
berpantang makanan-makanan tersebut berkemungkinan boleh menyebabkan penyakit
menjadi lebih parah.
loading...
![](https://4.bp.blogspot.com/-ViCvhuHsbXc/WMkVCT1LD7I/AAAAAAAAAAg/ZYrXLY421-Af35YDu-XJUAZE4GNdQrnbgCK4B/s400/2CAHQKW.png)
loading...
0 Response to "5 Jenis Santau dan Cara Mengubatinya"
Post a Comment